Negara Kita mencatatkan nisbah jumlah kakitangan awam dibandingkan jumlah penduduk yang tertinggi dibanding Singapura, Filipina mahupun Indonesia. Sekarang ini jumlah penjawat awam di Malaysia adalah sekitar 1.6 juta.
Penjawat Awam inilah yang telah memberikan sumbangan besar kepada rakyat dan negara dalam pengurusan dan menggerakkan pembangunan sebuah negara yang bernama Malaysia selama ini..Namun demikian , ada kalangan kakitangan awam yang mengambil kesempatan dan tanggungjawab yang diberikan dengan melakukan kerja sambil lewa, curi tulang dan lain-lain lagi perbuatan dan tidak beretika sehingga memberikan imej yang buruk kepada majoriti kakitangan awam yang bekerja dengan penuh efisien.
Jabatan Perkhidmatan Awam JPA melalui kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengumumkan :
- Kerajaan Malaysia akan perkenalkan sistem dan mekanisme terbaru melibatkan exit policy atau dasar pemisah untuk penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah
- Memastikan penjawat awam yang ada dis ektor awam sentiada berada di perasi terbaik kepada rakyat Malaysia
Hakikatnya, berdasarkan pengumuman Tan Sri Ali Hamsa yang merupakan Ketua Setiausaha Negara mengatakan ada sekitar 5,000 penjawat awam di Malaysia mempunyai markah dan skor di paras 60 peratus sahaja melalui dasar pemisah (exit policy)
Dengan keadaan ini lah , Persatuan Penyelia Asrama Daerah Lipis ( PERPA LIPIS ) dengan kerjasama Unit SPK PPD Lipis mengambil peluang dan kesempatan untuk memaklumkan betapa perlunya setiap anggota pelaksanan dalam bidang ini memahami dan mengetahui keadaan yang berlaku itu. Ini dilaksanakan pada 19 Ogos 2016 bertempat di PPD Lipis
Terima kasih kepada Penceramah Undangan Tuan Haji Rusdin Bin Nordin ( Pakar ) dalam hal berkaitan perkara ini kerana memberi taklimkat dan penerangan yang amat berkesan . Semoga penerangan ini akan memberi pulangan dan pemahaman yang menjadikan setiap anggota Penyelia Asrama ini lebih cemerlang dan berdaya saing.
19.08.2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan