Isnin, 22 Ogos 2016



22 Ogos 2016 

PINTU MASUK KE ASRAMA PUSAT LIPIS
Satu lawatan penandaaras  ke Asrama Pusat Lipis di Kuala Lipis dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Rompin yang diketuai oleh Ketua Unit Sektor Pengurusan Kemanusiaan, PPD Rompin  . Rombongan yang hadir terdiri daripada sebahagian daripada Pengetua , Guru Besar , Pk Hem , Ketua warden , Warden Dan Penyelia Asrama dari sekitar daerah Rompin . 

Antara tujuan penandaaras ini dilakukan bagi meninjau keadaan Asrama Pusat Lipis yang telah dijadikan ‘ Model Jabatan’ bagi pembentukan Budaya Asrama Cemerlang dan Terbilang selari dengan kehendak Transformasi Asrama Harian.  Asrama ini yang terdiri dari pelajar – pelajar asli dari seluruh sekolah – sekolah asli yang dikumpulkan dan disatukan di Asrama Pusat Lipis .
TENAGA UTAMA DI APL ....


Gabungan di antara Kepimpinan asrama , Anggota Pelaksana dan pelajar telah disatukan untuk memberi kekuatan dalam membina keunggulan asrama ini. Setiap Warga Asrama diberi penghayatan dan pemahaman berkaitan Konsep Transformasi Asrama Harian . Bantuan serta kepakaran dari semua unit dijana bagi mengerakkan setiap perubahan yang dilakukan .  

BILIK REHAT PELAJAR ASPURI

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat bagi menjadikan asrama ini sentiasa terbaik dan cemerlang . Budaya dan disiplin yang diterapkan telah menjadikan asrama ini sentiasa menajdi asrama contoh dan pemangkin kepada setiap asrama lain untuk berubah.. TAHNIAH DAN SYABAS 





KETIBAAN ROMBONGAN

DEWAN SANTAPAN
BILIK BACAAN ASPURI

MELIHAT KEINDAHAN DARI SUDUT LUAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan