Ahad, 7 Ogos 2016

PERSATUAN PENYELIA ASRAMA DAERAH TEMERLOH ( PADAT )

CATATAN AKTIVITI PADAT 

Persatuan Penyelia Asrama Daerah Temerloh ( PADAT ) ditubuhkan pada 01.12.2015. Pemilihan nama PADAT diatas perbincangan semua Penyelia Asrama Daerah Temerloh yang diadakan di SMK ABU BAKAR. Perbincangan juga menekankan pemilihan logo terbaik dan hasilnya dipersetujui semua yang hadir. perkara ini juga telah mendapat mandat serta dipersetujui oleh Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.

AHLI PADAT  TEMERLOH

Dengan tertubuhnya persatuan di daerah ini. Pihak Pengurusan Negeri berharap agar semua pihak dapat membantu dan memainkan peranan masing - masing bagi menaikan nama asrama - asrama di Daerah Temerloh.  Semua pihak harus bertangungjawab dan bersama- sama berusaha untuk menaikan sesuatu organisasi yang telah dipersetujui ini.




Semoga Penyelia-Penyelia Asrama Daerah Temerloh akan terus berjaya dan menyumbang tenaga dalam menjayakan Transformasi Asrama Harian ( TAH ) . Tahniah kepada kepimpinan Daerah Temerloh  kerana berusaha untuk menjadikan Daerah Temerloh berjaya.

AKTIVTI - MAJLIS BERBUKA PUASA PADAT

AKTIVITI - BEBRUKA PUASA BERSAMA PPD
Tahun 2016 ini , PADAT sekali lagi diberi peluang untuk terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Raya Warga Pendidikan Daerah Temerloh . Semua Warga Penyelia Asrama juga dijemput dan diberi tanggungjawab untuk terlibat di satu gerai di majlis tersebut. Apapun , terima kasih kepada Pengurusan Majlis Sambutan Hari Raya Warga Pendidikan Daerah Temerloh kerana memberi peluang untuk bersama - sama kali ini.

PENGLIBATAN PADAT DI PROGRAM PPD
PERSIAPAN MAJLIS HARI RAYA DI PPD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan