Isnin, 22 Ogos 2016



22 Ogos 2016 

PINTU MASUK KE ASRAMA PUSAT LIPIS
Satu lawatan penandaaras  ke Asrama Pusat Lipis di Kuala Lipis dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Rompin yang diketuai oleh Ketua Unit Sektor Pengurusan Kemanusiaan, PPD Rompin  . Rombongan yang hadir terdiri daripada sebahagian daripada Pengetua , Guru Besar , Pk Hem , Ketua warden , Warden Dan Penyelia Asrama dari sekitar daerah Rompin . 

Antara tujuan penandaaras ini dilakukan bagi meninjau keadaan Asrama Pusat Lipis yang telah dijadikan ‘ Model Jabatan’ bagi pembentukan Budaya Asrama Cemerlang dan Terbilang selari dengan kehendak Transformasi Asrama Harian.  Asrama ini yang terdiri dari pelajar – pelajar asli dari seluruh sekolah – sekolah asli yang dikumpulkan dan disatukan di Asrama Pusat Lipis .
TENAGA UTAMA DI APL ....


Gabungan di antara Kepimpinan asrama , Anggota Pelaksana dan pelajar telah disatukan untuk memberi kekuatan dalam membina keunggulan asrama ini. Setiap Warga Asrama diberi penghayatan dan pemahaman berkaitan Konsep Transformasi Asrama Harian . Bantuan serta kepakaran dari semua unit dijana bagi mengerakkan setiap perubahan yang dilakukan .  

BILIK REHAT PELAJAR ASPURI

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat bagi menjadikan asrama ini sentiasa terbaik dan cemerlang . Budaya dan disiplin yang diterapkan telah menjadikan asrama ini sentiasa menajdi asrama contoh dan pemangkin kepada setiap asrama lain untuk berubah.. TAHNIAH DAN SYABAS 





KETIBAAN ROMBONGAN

DEWAN SANTAPAN
BILIK BACAAN ASPURI

MELIHAT KEINDAHAN DARI SUDUT LUAR

TAKLIMAT BERKAITAN EXIT POLICY

APA ITU  'EXIT POLICY '

Negara Kita mencatatkan nisbah jumlah kakitangan awam dibandingkan jumlah penduduk yang tertinggi dibanding Singapura, Filipina mahupun Indonesia. Sekarang ini jumlah penjawat awam di Malaysia adalah sekitar 1.6 juta.

Penjawat Awam inilah yang telah memberikan sumbangan besar kepada rakyat dan negara dalam pengurusan dan menggerakkan pembangunan sebuah negara yang bernama Malaysia selama ini..Namun demikian , ada kalangan kakitangan awam yang mengambil kesempatan dan tanggungjawab yang  diberikan dengan melakukan kerja sambil lewa, curi tulang dan lain-lain lagi perbuatan dan tidak beretika sehingga memberikan imej yang buruk kepada majoriti kakitangan awam yang bekerja dengan penuh efisien.

Jabatan Perkhidmatan Awam JPA melalui kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengumumkan :

  • Kerajaan Malaysia akan perkenalkan sistem dan mekanisme terbaru melibatkan exit policy atau dasar pemisah untuk penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah
  • Memastikan penjawat awam yang ada dis ektor awam sentiada berada di perasi terbaik kepada rakyat Malaysia


Hakikatnya, berdasarkan pengumuman Tan Sri Ali Hamsa yang merupakan Ketua Setiausaha Negara mengatakan ada sekitar 5,000 penjawat awam di Malaysia mempunyai markah dan skor di paras 60 peratus sahaja melalui dasar pemisah (exit policy)

Dengan keadaan ini lah , Persatuan Penyelia Asrama Daerah Lipis ( PERPA LIPIS ) dengan kerjasama Unit SPK PPD Lipis mengambil peluang dan kesempatan untuk memaklumkan betapa perlunya setiap anggota pelaksanan dalam bidang ini memahami dan mengetahui keadaan yang berlaku  itu. Ini dilaksanakan pada 19 Ogos 2016 bertempat di PPD Lipis

Terima kasih kepada Penceramah Undangan Tuan Haji Rusdin Bin Nordin ( Pakar ) dalam hal berkaitan perkara ini kerana memberi taklimkat dan penerangan yang amat berkesan . Semoga penerangan ini akan memberi pulangan dan pemahaman yang menjadikan setiap anggota Penyelia Asrama ini lebih cemerlang dan berdaya saing.

19.08.2016


Ahad, 7 Ogos 2016

INSTRUMEN PEMANTAUAN PENYELIA ASRMA

SURAT ARAHAN PEMANTAUAN
DOKUMEN PEMANTAUAN 1
DOKUMEN PEMANTAUAN 2

INSTRUMEN PEMANTAUAN PENYELIA ASRAMA SEKOLAH HARIAN NEGERI PAHANG                

                 Satu Pemantauan Penyelia Asrama akan dilakukan oleh Unit HEM JPN Pahang seperti mana yang diputuskan dalam Pelaporan Data Prestasi Asrama Harian pada 25 Mei 2016 bagi seluruh Penyelia Asrama Sekolah Harian di Negeri Pahang. Instrument ini akan digunapakai bagi menilai keupayaan setiap Penyelia Asrama dalam memahami tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Ketua jabatan .

                   Disamping itu, dengan  Pemantauan ini juga akan menentukan samada Penyelia Asrama  di Negeri Pahang ini telah bersedia untuk mengurus dan memahami Konsep Tranfomasi Asrama Harian ( TAH ). Keupayaan setiap Penyelia Asrama akan dinilai bagi melihat keberkesanan mereka berada di Asrama tersebut. 


DOKUMEN PEMANTAUAN 3
     Admin Berharap agar semua Penyelia Asrama Sekolah Harian JPN Pahang akan mematuhi dan beroleh keputusan yang baik serta cemerlang.












PERSATUAN PENYELIA ASRAMA DAERAH TEMERLOH ( PADAT )

CATATAN AKTIVITI PADAT 

Persatuan Penyelia Asrama Daerah Temerloh ( PADAT ) ditubuhkan pada 01.12.2015. Pemilihan nama PADAT diatas perbincangan semua Penyelia Asrama Daerah Temerloh yang diadakan di SMK ABU BAKAR. Perbincangan juga menekankan pemilihan logo terbaik dan hasilnya dipersetujui semua yang hadir. perkara ini juga telah mendapat mandat serta dipersetujui oleh Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.

AHLI PADAT  TEMERLOH

Dengan tertubuhnya persatuan di daerah ini. Pihak Pengurusan Negeri berharap agar semua pihak dapat membantu dan memainkan peranan masing - masing bagi menaikan nama asrama - asrama di Daerah Temerloh.  Semua pihak harus bertangungjawab dan bersama- sama berusaha untuk menaikan sesuatu organisasi yang telah dipersetujui ini.




Semoga Penyelia-Penyelia Asrama Daerah Temerloh akan terus berjaya dan menyumbang tenaga dalam menjayakan Transformasi Asrama Harian ( TAH ) . Tahniah kepada kepimpinan Daerah Temerloh  kerana berusaha untuk menjadikan Daerah Temerloh berjaya.

AKTIVTI - MAJLIS BERBUKA PUASA PADAT

AKTIVITI - BEBRUKA PUASA BERSAMA PPD
Tahun 2016 ini , PADAT sekali lagi diberi peluang untuk terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Raya Warga Pendidikan Daerah Temerloh . Semua Warga Penyelia Asrama juga dijemput dan diberi tanggungjawab untuk terlibat di satu gerai di majlis tersebut. Apapun , terima kasih kepada Pengurusan Majlis Sambutan Hari Raya Warga Pendidikan Daerah Temerloh kerana memberi peluang untuk bersama - sama kali ini.

PENGLIBATAN PADAT DI PROGRAM PPD
PERSIAPAN MAJLIS HARI RAYA DI PPD

Isnin, 1 Ogos 2016

EDISI 1- TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN ( DAERAH LIPIS )

Dewan Makan SK Kuala Medang Kuala Lipis
Dewan Makan SK Kuala Medang Kuala Lipis
                  Transformasi Asrama Harian ( TAH ) telah dilaksanakan secara berperingkat di Asrama - Asrama Daerah Lipis . Pemahaman Konsep dan kehendak TAH perlu diteliti dan dilihat secara keseluruhan . Idea dan kerja berpasukan perlu dilakukan bagi memberi impak yang besar ke arah perubahan .
                   Sejajar dengan perubahan masa , pelajar perlu juga diberi kebebasan dalam memberi idea dan  berkongsi minat untuk sama - sama membina keselesaan dalam kehidupan mereka di asrama. Kadang-kadang kreativiti ini jika di adunkan bersama - sama akan melahirkan hasil yang menakjubkan.

Benarlah kata orang - orang dahulu " Makin  Luas berjalan  , Makin Luas Pandangan " .  Tahniah kepada Asrama - asrama yang telah melaksanaan  TAH ini . Hasil yang diciptakan inilah yang menjadikan kita puas dan bahagia.Lebih Bahagia dan Puas jika kita melihat anak - anak didik di asrama sentiasa gembira dan ceria melihat keindahan ini.




Bilik Bacaan Asrama Pusat Lipis
Bilik Rawatan Asrama Pusat Lipis
Bilik Mengosok APL
BiliK Solat APL