Rabu, 27 Julai 2016

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA SEKTOR DI JPN PAHANG



14.06.2016…

Satu Kunjungan Mesra telah dilakukan Oleh Kepimpinan Persatuan Penyelia Asrama Pahang ( Perpa Pahang ) terhadap Tuan Haji Mohd Raauf - Ketua Sektor , Sektor SPK  JPN Pahang  pada 14 Jun 2016  yang lalu . Ia telah diadakan di ‘ War Room ‘ Jabatan Pendidikan Negari Pahang . Ini adalah perjumpaan Pertama Kali yang diadakan bagi menerangkan kepentingan Persatuan ini kepada pihak Jabatan. Ia juga merupakan sebagai Kunjungan Hormat kepada Ketua Sektor selepas Mesyuarat Agung Tahunan Perpa Pahang baru – baru lalu. Banyak yang telah dibincangkan sepanjang pertemuaan ini .

Antara yang disarankan oleh Tuan Ketua Sektor  ialah :-  

 i) Proses Penjenamaan Semula Penyelia Asrama perlu dilakukan dengan segera 
 ii) Menghayati Konsep Transfomasi Asrama Harian dengan lebih mendalam 
 iii) Semua Penyelia Asrama disarankan melakukan TAH di di asrama masing - masing
 iv) Perlu melahirkan lebih banyak Fasilatator di kalangan Penyelia Asrama .


Pertemuan ini juga telah memberi imput yang banyak kepada AJK Persatuan untuk dibawa balik dan dimaklumkan kepada semua ahli persatuan . Semoga pertemuan ini bukan lah satu pertemuan terakhir dan hubungan ini akan terus dipereratkan lagi . Semoga ia akan menjadikan  kita akan terus  melaksanakan tugas – tugas sebagai penyelia asrama dengan lebih cemerlang dan berkesan .
  



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan