Rabu, 27 Julai 2016

01.07.2016
EDISI 2 - Trasnformasi Asrama Harian ( Apa yang kita tahu )


Transformasi Asrama dilaksanakan dengan matlamat menjadikan asrama sebagai kediaman menjamin kejayaan pelajar. Usaha ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Antara perkara yang ada di dalam  Trasformasi ini ialah

 1) Peranan kepimpinan sekolah dan asrama amatlah penting kerana tindakan yang dilaksanakan memberi impak terhadap pencapaian wawasan asrama.
2) Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam aspek kokurikulum, sahsiah, kepimpinan dan kemajuan sekolah secara menyeluruh selaras dengan gagasan 1Malaysia,
3) Berkaitan pengurusan asrama, prasarana asrama serta persekitaran dan kondusif asrama hendaklah mencapai jangkaan disasarkan oleh jabatan dan ibu bapa.
4) semua pihak harus menyedari bahawa asrama bukan semata-mata berfungsi sebagai tempat penginapan pelajar, tetapi merupakan sebuah institusi yang dapat membantu sekolah mencapai kecemerlangan pendidikan.
 5) Gabungan tenaga pihak pentadbir, penyelia asrama, warden, guru serta seluruh warga sekolah menjurus ke arah menyediakan suatu perkhidmatan menyeluruh terhadap pembangunan asrama.

Ini selaras dengan falsafah asrama yang menyatakan pelajar asrama seharusnya lebih cemerlang dalam pelbagai bidang, berbanding pelajar mempunyai latar belakang yang sama tetapi tidak tinggal di asrama,”

Di samping itu, ia menghasilkan satu pengurusan sumber manusia komited terhadap tanggungjawab dan amanah diberikan selaras dengan tema transformasi asrama ‘Kemenjadian Murid Adalah Tanggungjawab Bersama’.

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ...... PERPA PAHANG



MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERPA LIPIS 2016
( PERPA LIPIS )

“ DIRANCANG dan  HARUS DILAKSANAKAN   adalah perkara yang telah difikirkan oleh setiap Ajk Perpa Daerah Lipis pada Awal Ramadhan lagi.  Bermula kerja pada awalnya dengan mengadakan  perjumpaan Ajk dan telah disepakati untuk melaksanakan dengan jayanya. Lebih –lebih lagi bila mendapat KEPERCAYAAN dan RESTU oleh Encik Shahrom Bin  Othman  Selaku Ketua Unit , SPK di PPD lipis . Ini lebih membakar semangat untuk semua ahli untuk melaksanakanya. Untuk kali ini, Asrama Pusat Lipis Bersetuju untuk menjadi Tuan Rumah bagi majlis ini.Tarikh dicadangkan ialah 12 Julai 2016 ( Selasa ).

Seperti diduga, masalah kewangan akan menjadi penghalang kepada apa jua majlis . namun dengan idea dan pergorbanan setiap ahli tidak menjadi penghalang kepada terlaksanakanya program ini.  Tarikh ditetapkan dan diperhalusi . Kesepakatan diambil dan dipersetujui bersama. Semua kepakaran dan kekuatan digabungkan menjadi satu. Akhirnya ia berjaya dilaksanakan . Malahan ia dijadikan penandaaras kepada program negeri . Atas permintaan  Ketua Sektor SPK JPN Pahang. Ia perlu dijadikan program untuk penjenamaan semula Penyelia Asrama .



 Bergambar kenangan bersama Tetamu Khas - Tuan Pegawai PPD Daerah Lipis dan Rombongan ....







 
Diceritakan bahawa majlis ini telah dilaksanakan dengan baik dan cemerlang Dengan gabungan dan Idea dari semua Penyelia Asrama daerah Lipis akhirnya semua hasrat tercapai. “ Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu adalah dari kelemahan saya selaku Pentadbir  majlis ini… Semoga majlis ini akan menjadi Titik kepada persaudaraan yang lebih baik dan menjadi Wardah pembentukan sifat –sifat yang lebih cemerlang di dunia dan di akhirat.

Catatan : 13.07.2016

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA SEKTOR DI JPN PAHANG



14.06.2016…

Satu Kunjungan Mesra telah dilakukan Oleh Kepimpinan Persatuan Penyelia Asrama Pahang ( Perpa Pahang ) terhadap Tuan Haji Mohd Raauf - Ketua Sektor , Sektor SPK  JPN Pahang  pada 14 Jun 2016  yang lalu . Ia telah diadakan di ‘ War Room ‘ Jabatan Pendidikan Negari Pahang . Ini adalah perjumpaan Pertama Kali yang diadakan bagi menerangkan kepentingan Persatuan ini kepada pihak Jabatan. Ia juga merupakan sebagai Kunjungan Hormat kepada Ketua Sektor selepas Mesyuarat Agung Tahunan Perpa Pahang baru – baru lalu. Banyak yang telah dibincangkan sepanjang pertemuaan ini .

Antara yang disarankan oleh Tuan Ketua Sektor  ialah :-  

 i) Proses Penjenamaan Semula Penyelia Asrama perlu dilakukan dengan segera 
 ii) Menghayati Konsep Transfomasi Asrama Harian dengan lebih mendalam 
 iii) Semua Penyelia Asrama disarankan melakukan TAH di di asrama masing - masing
 iv) Perlu melahirkan lebih banyak Fasilatator di kalangan Penyelia Asrama .


Pertemuan ini juga telah memberi imput yang banyak kepada AJK Persatuan untuk dibawa balik dan dimaklumkan kepada semua ahli persatuan . Semoga pertemuan ini bukan lah satu pertemuan terakhir dan hubungan ini akan terus dipereratkan lagi . Semoga ia akan menjadikan  kita akan terus  melaksanakan tugas – tugas sebagai penyelia asrama dengan lebih cemerlang dan berkesan .
  



 

Ahad, 24 Julai 2016

SENARAI JAWATANKUASA PERPA PAHANG 2016

PENAUNG:
Pengarah Pelajaran Pahang

PENASIHAT:
Ketua Sektor SPK JPN Pahang

YANG DIPERTUA:
Mohamad Suharli Bin Ghazali (KV SHAS,Lipis)

NAIB YANG DIPERTUA:
Muhd Farok Bin Suid (SMK Kerdau, Temerloh)

SETIAUSAHA:
Ropani Bt Ahmad (SMK Seri Bentong, Karak)

PEN. SETIAUSAHA:
Rohana Bt Mamat (SMK Seri Jengka, Jengka)

BENDAHARI:
Mazmi bt. Mohammad (SM Sains Tengku Abdullah, Raub)

AHLI JAWATANKUASA:
  1. Aliff Bin Mohamad (SK Menson, Cameron Highland)
  2. Sazali Bin Yahaya (SMK Seri Bera, Bera)
  3. Johar Bin Abdul Hamid (SMKA TAHAP, Jerantut)
  4. Hasnah Bt Osman (SMK Mahmud, Raub)
  5. Mohamad Ridzuan Bin Abd Kaiyim (SMK Bentong, Bentong)
  6. Mohd Ruzian Bin Ramli (SMK Jengka Pusat, Jengka)
  7. Wan Mohd Jihadi Bin Wan Seman (KV Sultan Ahmad Shah, Rompin)
  8. Norhisam Bin Mohd Nadzri (SMK Abu Bakar, Temerloh)
  9. Rosli@Mohamad Bin Abdul Rahim (SMK Sultanah Hajah Kalsom, Kuantan)
  10. Khairulanwar Bin Jaafar (SMK Seri Pekan, Pekan)
  11. Zunaida Bt Mohd Zain (Asrama Pusat, Lipis)

PEMERIKSA KIRA-KIRA:
  1. Norkabatiah Bt Ahmad (KV Kuantan, Kuantan)
  2. Norul Huda Bt Saleh (SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan)

PERPA

SEJARAH PERPA


Persatuan Penyelia Asrama (Kementerian Pelajaran Malaysia) Negeri Pahang (PERPA) telah ditubuhkan pada 20 September 2002.


KEAHLIAN

Keahlian pertubuhan ini terbuka kepada semua pekerja Penyelia Asrama di sekolah-sekolah dan lain-lain institusi di bawah kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka mestilah berumur lebih dari 18 tahun dan penempatan kerjanya adalah di Negeri Pahang.
Jumlah KEAHLIAN Persatuan ini sehingga JUN 2016 ialah seramai 240 Orang.