Ahad, 18 September 2016

MESYUARAT AJK PERPA PAHANG KALI 2/2016 DAN ZIARAH

8.9.2016

                       Mesyuarat Ajk Perpa Pahang Kali 2/2016 telah diadakan di SMK TAHAP Jerantut . Antara yang dibincangkan ialah Peranan Penyelia Asrama dalam Mentransformasikan Asrama dan Program - program yang akan diadakan bagi memantapkan penyelia asrama. Antara cadangaan yang disyorkan untuk dilihat dalam masa tedekat ialah :-

1) Taklimat berkaitan dengan Pelaksanaan Pemantauan Kontraktor Dewan Makan
2) Taklimat Pemantapan Sistem Pengurusan Kewangan espkb

Turut dibincangkan ialah Bantuan kepada penyelia - penyelia asrama yang baru dilantik dalam menangani isu - isu berkaitan dengan tempat kerja. Tindakan serta pemantauan ini perlu dilakukan bagi mengurangkan isu - isu yang tidak berkaitan dengan kerja .


Di kesempatan bermesyuarat di jerantut juga, Perpa Pahang juga telah melaksanakan satu program menziarah rakan - rakan penyelia asrama yang telah bersara wajid . Antara yang dijemput ialah Tuan Haji Ibrahim ( Bersara Wajib  - SMK Tahap Jerantut ) dan Encik Borhan Salleh ( Bersara Wajib - Kolej Matrikualsi Jengka ) . Walaupun telah lewat diadakan  , Namun bagi pihak pengurusan Perpa Pahang amat menghargai jasa - jasa mereka ini di atas sumbangan semasa bertugas dahulu.Insyallah di kesempatan yang lain , pihak pengurusan Perpa Pahang akan menjejaki rakan - rakan yang bersara ini. Sesungguhnya Bakti dan jasa mereka - mereka ini amat berharga dan disanjung tinggi .